Kesedaran berkenaan kebersihan diri terus diperluas

4 Mac 2019, Seramai 39 warga sekitar Taman Cempakasari, Kapar mengambil bahagian dalam program Jaringan Muafakat Wanita Berdaya yang mengetengahkan tajuk Personal Hygiene semalam yang diadakan di Balairaya Taman Cempakasari. Program yang bermula pada jam 2.00 petang itu berjaya menarik minat peserta apabila mendapat respon yang baik dengan pertanyaan soalan-soalan daripada mereka. Semoga perkongsian ini dapat dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.