November 1, 2018 Aktiviti IWB, Pengarusperdanaan Gender 0 comment

Bengkel Kefahaman Gender

Bengkel Kefahaman Gender yang diadakan Sabtu lalu memberi pendedahan kepada masyarakat umum berkenaan apakah gender dan salahtanggapan terhadap gender serta bagaimana memahami gender yang akhirnya akan memberikan impak positif kepada wanita dan juga lelaki dalam kehidupan seharian.

Bengkel sehari dikendalikan Betty Yeoh, Mantan Naib Presiden AWAM ini berlangsung di Institut Darul Ehsan yang disertai lebih 30 orang peserta yang terdiri daripada lelaki dan wanita daripada pelbagai peringkat usia.

Semoga para peserta mendapat manfaat daripada bengkel ini dan lebih banyak bengkel seperti ini akan diadakan pada masa hadapan.

#iwbselangor #morewomengreaternation