November 17, 2018 Aktiviti IWB, Ekonomi & Kehidupan 0 comment

Program Jaringan Muafakat Wanita Berdaya Sulung Santuni Wanita Orang Asal

17 November 2018 – Program sulung Jaringan Muafakat Wanita Berdaya menemui wanita-wanita orang asal dari Kampung Orang Asal Kolam Air Bangkung, Dengkil dengan tajuk pertama ‘Kebersihan Keluarga Tanggungjawab Bersama’.

Seramai kira-kira 30 peserta yang mengambil bahagian kali ini. Wanita dan penjagaan keluarga adalah sangat sinonim kerana wanita biasanya yang menguruskan isu-isu kebersihan anggota keluarga. Wanita juga biasanya yang menguruskan isu-isu kebersihan anak gadis yang datang bulan, darah nifas selepas kelahiran dan sebarang isu kebersihan selepas akil baligh.

#iwbselangor