December 17, 2018 Aktiviti IWB, Ekonomi & Kehidupan 0 comment

Wanita India Kapar Sasaran Seterusnya Program Jaringan Muafakat Wanita Berdaya

16 Disember 2018 – Setelah selesai 8 modul Program Jaringan Muafakat Wanita Berdaya bersama wanita orang asal di Dun Dengkil, program diteruskan ke Kapar dengan menyasarkan wanita-wanita kaum India.

Mereka nyata ternanti-nantikan program sebegini apabila program pertama yang dijalankan di Taman Mewah, Rantau Panjang mendapat sambutan yang cukup baik dengan kehadiran lebih daripada 30 orang peserta.

Program-program sebegini akan digerakkan dari satu lokasi ke lokasi lain dalam parlimen Kapar dengan tajuk yang berbeza-beza. Kita nantikan program yang akan datang.