January 28, 2019 Aktiviti IWB, Kepimpinan & Perwakilan 0 comment

Seminar Nasional Wanita dan Politik dengan tema “Ke Mana Hala Tuju Politik Negara?”

15 Januari 2019 (Selasa) – Telah berlangsung Seminar Nasional Wanita dan Politik dengan tema “Ke Mana Hala Tuju Politik Negara?”. Seminar ini diadakan untuk membentangkan hasil kajian yang dilakukan oleh IWB Selangor bersama dengan penyelidik-penyelidik lantikan iaitu Dr. Cecilia Ng, Dr. tan beng hui dan Prof. Madya Dr. Maznah Mohamad. Penyelidikan ini dilakukan untuk melihat sejauh mana cabaran dan halangan yang dihadapi oleh calon-calon wanita yang bertanding semasa Pilihanraya Umum Ke-14.
Selain daripada itu, peranan media dalam membentuk persepsi awam terhadap calon wanita juga turut dibincangkan serta sistem-sistem yang secara sistematik telah mendiskriminasi keterlibatan wanita dalam politik sebagai pembuat keputusan. Oleh itu, IWB sebagai sebuah badan pemikir wanita di Selangor sangat komited untuk memastikan pembuat keputusan dari kalangan wanita dapat ditingkatkan.
Hasil kajian ini akan di muatnaik di website IWB dalam masa terdekat.