February 21, 2019 Aktiviti IWB 0 comment

30 wanita dari Kampung Orang Asli Bukit Tadom bersama dalam JMWB

16 Februari 2019 – Kampung Orang Asli Bukit Tadom menjadi lokasi pertama Program Jaringan Muafakat Wanita Berdaya (JMWB) di Daerah Kuala Langat. Seramai 30 peserta dari kalangan wanita di kampung tersebut telah mengambil bahagian dalam program yang mengetengahkan tajuk personal higuine ini. Syukur mereka kelihatan gembira dan selesa dengan apa yang disampaikan, semoga segala yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan kebaikan buat semua.