February 21, 2019 Aktiviti IWB, Kepimpinan & Perwakilan 0 comment

Asia Regional Conference on Women’s Political Leadership : Creating Positive Change

18-19 Februari 2019 – IWB Selangor telah menghadiri Asia Regional Conference on Women’s Political Leadership : Creating Positive Change yang bertempat di Parlimen, Malaysia.

Persidangan ini dianjurkan oleh @Westminster Foundation for Democracy (WFD) dan Commonwealth Parliamentary Association (CPA) dengan kerjasama UK in Malaysia – British High Commission Kuala Lumpur.

Persidangan ini sarat dengan perbincangan mengenai Penglibatan Wanita dalam Kepimpinan di semua sektor baik dalam Politik, Sektor Awam dan Private, Ekonomi dan Kanak-kanak dan telah dihadiri oleh Ahli Parlimen, Policy Maker, Penyelidik dan Aktivis.

Antara matlamat persidangan ini adalah untuk membincangkan dan mengenal pasti peluang dasar kesaksamaan gender serta mengukuhkan lagi rangkaian dengan pakar dari negara-negara Commonwealth dan global mengenai kesaksamaan gender dan dan kepimpinan wanita dalam politik.

IWB sangat komited dalam memastikan Penglibatan Wanita dalam Politik dan ruang awam terus diangkat sebagai agenda utama untuk memastikan suara wanita sentiasa didengari.

#CP4D #WomenWhoLead #BalanceForBetter