Jabatan Penjara Malaysia kongsi cara wanita hadapi keganasan rumahtangga

Seramai 48 peserta khususnya wanita kaum India mengambil bahagian dalam Program Jaringan Muafakat Wanita Berdaya yang diadakan di Pekan Kapar, semalam. Dengan mengetengahkan penceramah dari Jabatan Penjara Malaysia, En Azhan berkongsi dan memberi taklimat berkenaan tajuk Keganasan Rumahtangga & Cara Melaporkan juga disusuli tajuk literasi & numerasi oleh Puan Angela, guru bahasa. Program tersebut dirasmikan sendiri Pengerusi IWB Selangor YB Dr Daroyah Alwi yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Sementa.