May 7, 2019 Kenyataan Media 0 comment

BENGKEL PENULISAN KESEDARAN GENDER

KENYATAAN MEDIA

 

BENGKEL PENULISAN KESEDARAN GENDER

 

Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang suka dan cinta akan menulis untuk tidak melepaskan peluang bagi mengikuti Bengkel Penulisan Kesedaran Gender yang akan diadakan pada Mei ini secara percuma.

 

Selain aspek pemilihan konsep yang betul, format yang tepat, kepelbagaian gaya bahasa dan teknik penulisan kreatif mampu menjadi penarik kepada minat pembaca, hari ini nilai kualiti dalam sesebuah karya semakin dititikberaktan.

 

Bengkel yang bakal diadakan sebanyak dua siri ini ini akan mengupas berkenaan proses penulisan dengan lebih terperinci demi memantapkan penulisan selain mempertingkatkan kesedaran berkaitan kepentingan profesionalisme, sensitif gender dan integriti dalam penulisan.

 

Tujuannya tidak lain adalah bagi mengasah bakat terpendam yang ada dalam diri selain mendorong penglibatan penulis secara serius dalam bidang penulisan kreatif dengan menerapkan kualiti peka gender.

 

Siri pertama yang dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 Mei ini bakal memberi penekanan tentang Penulisan Ilmiah, manakala siri kedua pula bakal memberi fokus berkenaan tajuk Penulisan Kreatif yang akan diadakan pula pada 25 dan 26 Mei.

 

Bengkel dua hari setiap sesi di hujung minggu ini akan bermula pada jam 9 pagi hingga 4 petang bertempat di Hab Pemberdayaan Wanita Zuraida Kamaruddin, Dana 1 Commercial Centre, Petaling Jaya. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mendalami lagi bidang penulisan.

 

Tempat adalah terhad, kepada mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini, hantarkan ringkasan mengenai diri anda dan mengapa anda berminat menyertainya segera ke alamat email ain.nasiehah@iwbselangor.com.my atau lengkapkan butiran anda di http://bit.ly/2vqhhsn segera. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Cik Ain Nasiehah di talian 013-5066088.

 

Sekian.